1. Muzium Padi
- Muzium Padi terletak dan berlatar
belakangkan Gunung Keriang , 8km dari Bandaraya Alor Setar dibina bagi
mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan
berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan
serta perkembangan teknologi padi.
2. The Carnivall Waterpark
- Satu-satunya taman tema air yang ada di Kedah. The Carnivall
Waterpark ini terletak di Persiaran Cinta Sayang, Sungai Petani ini
boleh dikunjungi setiap hari kecuali Rabu (buka pada cuti umum &
sekolah).
3. Gunung Jerai
- Ingin suasana dingin seperti di Cameron Highlands dan Genting
Highlands, anda boleh merasainya di Gunung Jerai. Suasana dingin dan
permandangan alam flora dan fauna yang menarik pasti menjanjikan
percutian yang amat bermakna buat anda sekeluarga keluarga.
4. Ladang Anggur Tasik Beris
- Ladang seluas 34 ekar ini mempunyai 4 jenis buah anggur iaitu Black
Opal, Black Grape, White Malaga dan Loose Pelite. Para pengunjung boleh
mendapatkan buah anggur yang segar di sini dengan harga yang berpatutan.
Jika singgah ke sini jangan lupa untuk merakam gambar kenangan.
5. Kolam Air Panas Ulu Legong
- Pengunjung Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong yang terletak di Baling ini dapat merasai sendiri nikmat khasiat berendam di dalam air panas semulajadi sama ada dengan berenang di kolam yang disediakan atau sekadar merendam kaki dengan suasana kedamaian dikelilingi bukit bukau.
No comments:
Post a Comment