Bekas Mufti Negeri Kedah, Tan Sri Sheikh Abdul Majid Mohd Noor, 92,
meninggal dunia ketika menghadiri mesyuarat di Menara Zakat Kedah di
sini Isnin.
Allahyarham merupakan Anggota Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11 pagi 21 September 2015
Beliau meninggalkan isteri Puan Sri Khatijah Ahmad, 87, sembilan orang anak, 40 orang cucu dan 20 orang cicit.
"Kami sekeluarga terkejut dengan pemergiannya kerana beliau masih kuat
dan masih boleh menghadiri mesyuarat. Bagaimanapun kami reda," kata anak
ketujuh Allahyarham, Nabil, 54, kepada pemberita di Kampung Seberang
Pantai Johor dekat sini.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Halim Shah, Seberang Pantai Johor selepas solat Asar.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment