STATISTIK PERLAWANAN
Oleh : Luqman Joseni
Kedah Lawan Terengganu
Tarikh : 18.09.2015 (Jumaat)
Lokasi : Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Senarai Pemain Kesebelasan Utama:
Hadi Hamid (GK), Khairul Helmi, P.Rajes, Osman Md Yusuf, Baddrol Bakhtiar, Shafizan Hashim, Syazwan Zainon, Mohamad Farhan, Liridon Krasniqi, Chidi Edeh, Sandro Da Silva.
Pemain Simpanan:
Md Syazwan (GK), Lew Han Hung, Mohamad Hanif, Mohd Shazuan Ashraf, Syakir Ali, Alif Fadzil, Syazuan Hazani
Kedah membelasah Terengganu dalam aksi kedua saingan Kumpulan A Piala Malaysia 2015 di Stadium Darul Aman malam kelmarin apabila merobek jaring gol lawan sebanyak lima kali tanpa balas.
Sememangnya, kehilangan dua pemain Terengganu yang dilayangkan kad merah dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak buah Tan Cheng Hoe bagi memastikan Kedah menerajui Kumpulan A dengan 4 mata.
Gandingan Sandro, Chidi, Liridon, Baddrol dan Farhan dibantu rakan sepasukan lain telah membuktikan Kedah mampu menjadi pesaing utama dalam kancah Piala Malaysia musim ini. Seperti tiada tekanan pasukan Kedah tenang dan bijak merangka strategi dalam menghukum kealpaan benteng pertahanan Terengganu yang dilihat “letih” dengan episod serangan daripada pasukan tuan rumah.
Kejayaan Kedah malam kelmaren turut disaksikan oleh YAB Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir dan juga Setiausaha Kehormat KFA, YB Aminuddin Omar.
Berikut merupakan detik-detik perlawanan tersebut:
Min 1 : Gerakan solo Chidi dikawal ketat benteng Terengganu.
Min 4 : Lorongan Sandro kepada Chidi, namun Sharbini lebih pantas menyelamatkan keadaan.
Min 9 : Sepakan penjuru Kedah ditanduk Chidi namun dikeluarkan oleh pertahanan lawan.
Min 13 : Bikana menanduk tinggi apabila menerima umpanan hasil sepakan penjuru daripada rakan sepasukan.
Min 15 : Pergelutan antara Farhan dan Ismail Faruqi membolehkan Terengganu mendapat sepakan percuma dan diambil dengan pantas namun counter attack daripada Kedah melalui crossing daripada Farhan berjaya ditangkap Sharbini.
Min 17 : Mat Yo dijatuhkan Rajes dalam kotak penalti namun pengadil, Nazmi hanya memberikan sepakan gol untuk Kedah.
Min 18 : Larian solo Sandro ditarik Bikana lalu Kedah dihadiahkan sepakan percuma. Sepakan percuma Sandro terkena benteng lawan.
Min 19 : Farhan membuat crossing namun percubaan Sandro berjaya dikeluarkan oleh Ahmad Nordin walaupun Sharbini telah tertewas.
Min 21 : Sepakan penjuru Terengganu oleh Gustavo ditumbuk keluar oleh Hadi.
Min 23 : Counter attack Kedah melalui gandingan Liridon dan Farhan namun percubaan Farhan tinggi.
Min 24 : Larian deras Farhan dijatuhkan dihadapan kotak penalti Terengganu oleh Hafizal. Pengadil melayangkan kad merah kepada Hafizal.
Min 28 : Counter attack daripada Mat Yo mencemaskan mujur pertahanan Kedah berjaya mengawal keadaan.
Min 33 : Lorongan Chidi kepada Farhan namun percubaan Farhan tinggi.
Min 37 : Kawalan bola menarik Chidi lalu melepaskan rembatan tetapi terkena pertahanan lawan.
Min 38 : Chidi ditarik di dalam kotak penalti lawan namun Nazmi meneruskan perlawanan.
Min 41 : Shooting jauh Gustavo ditangkap kemas oleh Hadi.
Min 45 + 3 : Permainan one two Chidi dengan Sandro namun percubaan tersasar.
TAMAT SEPARUH MASA PERTAMA. KEDAH 0 – TERENGGANU 0.
Min 46 : Percubaan Chidi ditepis Sharbini.
Min 51 : Sandro bertukar-tukar hantaran dengan Syazwan Zainon lalu melepaskan rembatan padu menewaskan Sharbini untuk gol pertama Kedah. GOL.
Min 57 : Chidi menyungkit bola kepada Liridon tetapi Sharbini lebih pantas.
Min 59 : Kesilapan Osman Yusuf menghantar bola kepada Khairul Helmi dirampas oleh Ismail Faruqi mujur tindakan pantas Hadi mengeluarkan bola.
Min 62 : Crossing daripada Baddrol, free header Chidi sedikit tinggi.
Min 65 : Chidi dijatuhkan di dalam kotak penalti. Nazmi menghadiahkan sepakan penalti lalu disempurnakan oleh Sandro. GOL.
Min 70 : Syazwan Zainon OUT, Shakir Ali IN.
Min 71 : Gerakan solo Chidi dan membuat percubaan namun ditepis Sharbini tetapi follow up pantas daripada Farhan berjaya menewaskan Sharbini untuk gol ketiga Kedah. GOL.
Min 73 : Kealpaan benteng pertahanan Kedah membolehkan Issey Nakajima membuat larian solo kemudian dijatuhkan oleh Hadi di dalam kotak penalti tetapi pengadil meneruskan permainan namun percubaan Issey tinggi walaupun pintu gol Kedah terbuka luas.
Min 75 : Mat Yo dilayangkan kad merah apabila memijak kaki Osman Yusuf.
Min 77 : Osman Yusuf OUT, Aliff Fadzil IN.
Min 82 : Hantaran- hantaran pendek antara Sandro dan Baddrol membuka ruang kepada Sandro bagi menjaringkan hatrik untuk gol keempat Kedah. GOL.
Min 85 : Shafizan OUT, Shazuan Ashraf IN.
Min 86 : Alif Fadzil menanduk menewaskan Sharbini untuk melengkapkan malam gemilang Kedah. GOL
Min 88 : Gerakan solo Farhan namun percubaan tersasar.
TAMAT PERLAWANAN. KEDAH 5 – TERENGGANU 0.
STATISTIK PERLAWANAN
KEDAH/TERENGGANU
GOL 5/0
PERCUBAAN TERSASAR 5/1
PERCUBAAN TEPAT 2/1
SEPAKAN SUDUT 5/2
OFFSIDE 0/1
KAD KUNING 0/0
KAD MERAH 0/2
PENGUASAAN BOLA 60 % / 40 %