Monday, 28 September 2015

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KEDAH YANG WAJIB DILAWATI

1. Muzium Padi
  • Muzium Padi terletak dan berlatar belakangkan Gunung Keriang , 8km dari Bandaraya Alor Setar dibina bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi.
    2. The Carnivall Waterpark
  • Satu-satunya taman tema air yang ada di Kedah. The Carnivall Waterpark ini terletak di Persiaran Cinta Sayang, Sungai Petani ini boleh dikunjungi setiap hari kecuali Rabu  (buka pada cuti umum & sekolah).
    3. Gunung Jerai
  • Ingin suasana dingin seperti di Cameron Highlands dan Genting Highlands, anda boleh merasainya di Gunung Jerai. Suasana dingin dan permandangan alam flora dan fauna yang menarik pasti menjanjikan percutian yang amat bermakna buat anda sekeluarga keluarga.
    4. Ladang Anggur Tasik Beris
  • Ladang seluas 34 ekar ini mempunyai 4 jenis buah anggur iaitu Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Loose Pelite. Para pengunjung boleh mendapatkan buah anggur yang segar di sini dengan harga yang berpatutan. Jika singgah ke sini jangan lupa untuk merakam gambar kenangan.
    5. Kolam Air Panas Ulu Legong
  • Pengunjung Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong yang terletak di Baling ini dapat merasai sendiri nikmat khasiat berendam di dalam air panas semulajadi sama ada dengan berenang di kolam yang disediakan atau sekadar merendam kaki dengan suasana kedamaian dikelilingi bukit bukau.

Sunday, 27 September 2015

KENALI LAGENDA

    
| Arkib Arena |

LEE KIN HONG NOMBOR LIMA

KETUA PASUKAN KEDAH 1990, ketua pasukan pertama dalam sejarah berjaya membantu pasukan membawa pulang kejuaraan Piala Malaysia ke bumi darul aman sejak diperkenalkan dengan kejayaan di Perlawanan Akhir menumbangkan Singapura 3-1 di Stadium Merdeka.

LEE KIN HONG adalah seorang pertahanan kental Kedah membentuk gandingan mantap bersama tonggak import Goran Stankovich, Mohamad Ramlee, Ng Chew Beng, Tan Cheng Hoe, Khamal Idris Ali Fhirqa dan lain-lain dalam memastikan benteng Kedah tidak mudah untuk ditembusi lawan.

Seorang pemain pertahanan berkaliber pernah Kedah lahirkan yang memiliki keupayaan untuk melakukan tandukan bagi menghasilkan jaringan selain keras dan ampuh bertahan dalam mematahkan serangan pihak lawan.

Beliau juga merupakan pemain kebangsaan yang acap kali dipanggil untuk mewakili negara bersama-sama Azmi MahmudAhmad Sobri Ismail, Radhi Mat Din dan lain lain lagi rakan senegeri ketika itu.

Pencipta logo " Main Sampai Mati" bersesuaian dengan moto itu, Lee Kin Hong adalah merupakan tonggak Kedah yang amat berdedikasi dalam menabur khidmat demi membawa Kedah menjulang pelbagai kejuaraan dan pastinya JUARA PIALA MALAYSIA 1990 lah yang pasti akan dikenang sepanjang zaman sebagi satu permulaan sejarah kehebatan negeri Kedah Darul Aman dalam persada bolasepak negara !

Itulah LEE KIN HONG !
LAGENDA KEDAHAN SEPANJANG ZAMAN !

BIAR JASA JADI KENANGAN!

*FAKTA-LEE KIN HONG Ketua Pasukan Negeri Kedah Darul Aman Pertama yang menjulang kejuaraan Piala Malaysia.

Kelab Pecinta Sejarah & Bolasepak Kedah Darul Aman.

KENALI STADIUM KITA

KENALI  GELANGGANG KERAMAT KITA

Stadium Darul Aman (SDA) adalah sebuah stadium pelbagai guna untuk acara sukan di Alor Star, Kedah Darul Aman. Malaysia. Stadium ini sering digunakan terutamanya  untuk perlawanan bola sepak khususnya yang melibatkan Skuad Liga Super Kedah. Stadium ini dibina pada tahun 1967. Ini mempunyai kapasiti 32,387 kerusi setelah melakukan pembesaran stadium pada 1997. Ini adalah salah satu stadium yang pernah digunakan untuk 1997 FIFA Youth Championship.
 

Fakta menarik tentang Stadium Darul Aman,  Alor Setar , Kedah.

Lokasi – Jalan Stadium, Alor setar, Kedah.
Tahun  SDA mula beroperasi – 1967
Tahun SDA dibesarkan – 1997
Tahun SDA diubahsuai – 2006
Kapasiti – 32, 387 kerusi
Dimensi padang – 120 meter x 70 meter
SDA dibahagikan kepada 3 kawasan penyokong iaitu kawasan A iaitu Astaka, B iaitu Berbumbung dan T iaitu Terbuka.

DEMAM PIALA MALAYSIA KEMBALI

PIALA MALAYSIA 2015

Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di negara Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia. Ia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (F.A.M.) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921 pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah hampir mencecah 90 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air.

SEJARAH PIALA MALAYSIA

Sejarah Piala Malaysia bermula dengan Piala Malaya yang dipertandingkan pada awal 1920-an dimana kejohanan tersebut disertai oleh negeri-negeri di Tanah Melayu. Ketika itu perlawanan akhir melibatkan juara utara dan juara selatan yang melalui kejohanan dibahagian masing-masing. Pada tahun 1933, Piala Malaya telah ditukar nama kepada Piala HMS Malaya yang diambil semperna nama kapal perang HMS Malaya. Pegawai memerintah kapal tersebut ketika itu kapten Ion Beauchamp Butler telah menyumbangkan sebuah piala dan seterusnya menamakan ia Piala HMS Malaya. Perang dunia kedua memaksa pertandingan ini diberhentikan dari 1942 hingga 1947 dan Piala HMS Malaya dimulakan semula pada 1948. Pada tahun 1967 piala tersebut telah digantikan dengan piala yang baru iaitu Piala Malaysia. Tidak lama kemudian, pasukan dari borneo iaitu Sabah, Sarawak dan Brunei mula menyertai Piala Malaysia. Bermula tahun 1982, satu liga kejohanan diperkenalkan bagi menentukan siapa layak keperlawanan akhir. Ia akan dipertandingkan selepas liga bola sepak Malaysia tamat dan hanya pasukan yang menunjukkan pencapaian terbaik dalam liga sahaja layak bertanding untuk Piala Malaysia. Namun pada tahun 1995 Singapura tidak lagi beraksi pada Liga Malaysia dan sekaligus tidak beraksi pada Piala Malysia. Ini kerana Persatuan Bolasepak Singapura menghadapi masalah dengan Persatuan Bolasepak Malaysia dan akhirnya menarik diri dalam dunia bola sepak Malaysia. Namun sebelum berundur, Singapura sempat menjuarai Piala Malaysia 1994 buat kali terakhir. Pada tahun 1999, bilangan pasukan yang memasuki Piala Malaysia bertambah sebanyak 12 pasukan. setahun selepas itu, bilangan pasukan meningkat kepada 16 pasukan dan buat pertama kalinya pasukan berstatus kelab berjaya menyertai Piala Malaysia iaitu Johor FC. Kelab pertama yang menjuarai Piala Malaysia dan setakat ini adalah MPPJ Selangor pada tahun 2003. Selangor merupakan pasukan yang mempunyai pencapaian paling tinggi dalam kancah Piala Malaysia dengan memenangi sebanyak 32 gelaran dan 16 kali naib juara. Manakala Kelantan merupakan juara terbaru yang merupakan piala Malaysia yg pertama bagi mereka.

MAHATHIR TERIMA ANUGERAH 'THE STAR OF SOEKARNO'

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima anugerah 'The Star of Soekarno' yang diberikan Yayasan Pendidikan Soekarno (YPS) di Jakarta malam tadi.
Anugerah itu sebagai pengiktitarafan terhadap ketokohan, keberanian dan kepimpinan beliau dalam memperjuangkan suara hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.
Pengasas YPS Rachmawati Soekarnoputri yang mengalungkan pingat bintang itu kepada Dr Mahathir berkata, penganugerahan itu adalah sebagai tanda persahabatan dan pengiktirafan sumbangan para pemimpin di peringkat dunia.
Dr Mahathir dalam ucapannya berkata, walaupun beliau tidak pernah bertemu dengan Surkarno, namun presiden pertama Indonesia itu merupakan idolanya semasa beliau masih seorang pelajar.
Katanya, disebabkan itu, anugerah berkenaan sangat bermakna dalam hidupnya kerana beliau dapat memiliki satu tanda kenangan yang berkaitan dengan semangat Surkarno.
"Ketika Indonesia bergelut memperjuangkan kemerdekaan dari penjajahan Belanda di bawah pimpinan Surkarno dan Hatta (Mohammad Hatta, Timbalan Presiden pertama Indonesia), Malaysia belum lagi terbentuk dan masih di bawah pentadbiran British dan semangat Sukarno kemudiannya mula menyerap dalam kalangan pemimpin Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan," katanya.
Anugerah 'The Star of Soekarno' itu mula diberikan kepada para pemimpin luar Indonesia pada 2001 dan selain Dr Mahathir, tiga penerima lain ialah bekas Presiden Cuba Fidel Alejandro Castro Ruz, bekas Presiden Venezuela Hugo Rafael Chavez dan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.
- Bernama

Bekas Mufti Negeri Kedah Meninggal Dunia

Bekas Mufti Negeri Kedah, Tan Sri Sheikh Abdul Majid Mohd Noor, 92, meninggal dunia ketika menghadiri mesyuarat di Menara Zakat Kedah di sini Isnin.

Allahyarham merupakan Anggota Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah menghembuskan nafas terakhir kira-kira 11 pagi 21 September 2015
Beliau meninggalkan isteri Puan Sri Khatijah Ahmad, 87, sembilan orang anak, 40 orang cucu dan 20 orang cicit.

"Kami sekeluarga terkejut dengan pemergiannya kerana beliau masih kuat dan masih boleh menghadiri mesyuarat. Bagaimanapun kami reda," kata anak ketujuh Allahyarham, Nabil, 54, kepada pemberita di Kampung Seberang Pantai Johor dekat sini.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Halim Shah, Seberang Pantai Johor selepas solat Asar.

-- BERNAMA

ECORIDE TARIKAN TERBARU ALOR SETAR



ALOR SETAR - Perkhidmatan beca hibrid, Ecoride yang diperkenalkan di Bandar Alor Setar, di sini, dilihat mampu menarik pengunjung sekali gus melonjak sektor pelancongan Kedah.

Difahamkan, beca moden yang lebih mesra dikenali sebagai ‘tut tut’ dalam kalangan penduduk tempatan dilancarkan bersempena Tahun Melawat Kedah 2016.

Pengarah Ecoride, Eddy Shah, 43, berkata, kira-kira empat Ecoride disediakan bagi memudahkan pengunjung melawati tempat menarik di Alor Setar.

“Pengunjung berpeluang mengelilingi tempat menarik di Alor Setar dengan bayaran berpatutan RM20 sahaja bagi satu trip perjalanan.

“Dua dewasa ataupun sebuah keluarga, termasuklah dua dewasa dan dua kanak-kanak boleh menaiki kenderaan berkenaan dalam satu-satu masa,” katanya.

Menurutnya, perkhidmatan beca hibrid berkenaan disediakan berhampiran Information Tourist Centre (ITC), Dataran Medan Bandar di hadapan Masjid Zahir, di sini.

"Sambutan masyarakat setempat terhadap perkhidmatan berkenaan dilihat amat memberangsangkan meskipun ia baru pertama kali diperkenalkan di bandar ini," katanya.

Difahamkan, empat beca hibrid berkenaan hanya berada di Malaysia dan Asia Tenggara yang mana penduduk perlu ke Jepun jikalau berhasrat menaiki kenderaan itu.

Sementara itu, tinjauan mendapati penduduk tempatan tidak putus-putus mengunjungi Dataran Medan Bandar, di sini bagi menaiki kenderaan unik berkenaan.

Lebih mengujakan, wartawan Sinar Harian antara individu bertuah diberi peluang mencuba kenderaan mesra alam yang berwarna-warni dilancar bersempena Tahun Melawat Kedah 2016.

Sumber Berita Sinar Harian